1. Waktu Perkhidmatan Operasi
Program Tadika
Sesi 1
Isnin- Khamis: 7:30 pagi – 11:30 pagi
Jumaat: 7:30 pagi – 11:00 pagi
Sesi 2
Isnin- Khamis: 11:30 pagi – 3:30 petang
Jumaat: 11:30 pagi – 3:00 petang
Program Tadika + Transit
7:00 pagi – 6:00 petang
Program Taska/Playschool
Isnin- Jumaat: 7:00pagi- 6:00 petang
Waktu Urusan Pejabat
9.00 pagi – 5.00 petang
*Ibubapa/penjaga digalakkan untuk membuat temujanji sekiranya berhasrat ke Tadika untuk membuat pendaftaran, pertanyaan dan membuat lawatan.
2. Barang Peribadi Anak
Alat-alat permainan, peralatan komunikasi dan barang perhiasan (barang kemas).
Adalah ditegaskan segala barang kemas, alat-alat permainan, telefon bimbit, tab dan peralatan elektronik TIDAK DIBENARKAN dibawa ke Butterfly Education Centre. Pihak Butterfly tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang tersebut.
3. YURAN
3.1 Semua yuran perlu dijelaskan sebelum sesi persekolahan bermula. Semua buku, peralatan dan uniform akan diserahkan setelah pembayaran penuh dilakukan.
3.2 Invois bulanan akan dikeluarkan pada 25hb setiap bulan. Ibubapa perlu membayar yuran sebelum 8hb setiap bulan. Pembayaran yuran adalah mengikut terma awal bulan.
3.3 Sila maklumkan kepada pihak pengurusan untuk pembayaran lewat dari 8hb, ibu bapa perlu memberikan tarikh untuk memudahkan kami membuat peringatan dan mengutip bayaran.
3.4 Jika pihak BEC tidak menerima bayaran sehingga 25hb, pihak pengurusan berhak mengeluarkan anak anda dari program BEC sehingga bayaran dijelaskan.
3.5 Sebarang wang tunai untuk bayaran yuran tidak akan diterima. Pembayaran adalah melalui sistem "payment gateway toyyibpay".
3.6 Tiada potongan yuran akan dibuat untuk cuti atau tempoh "broken period". Kami tidak menerima konsep "carry forward" untuk bayaran bulan berikutnya.
3.7 Jika TADIKA/TASKA ditutup kerana jangkitan dan atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada pengurangan yuran kerana penutupan atas dasar paksaan bukan kehendak BEC. Oleh itu, yuran perlu dibayar seperti biasa.
3.8 Invois dan resit boleh diperolehi daripada sistem SMAP.
3.9 Yuran yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan.
3.10 Tadika berhak mengeluarkan murid dari program sekiranya didapati mengingkari atau melanggari mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan dengan serta merta dan yuran program tidak akan dikembalikan.
3.11 Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa memastikan murid mengikut pembelajaran dan pengajaran yang telah disediakan. Tadika tidak bertanggungjawab diatas keciciran pelajar dalam pembelajaran.
4.0 PERKHIDMATAN LEBIH MASA
4.1 Ibubapa/penjaga digalakkan mengambil anak-anak seawal mungkin supaya dapat meluangkan masa bersama keluarga.
4.2 Jika memerlukan perkhidmatan lebih masa, ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan lebih awal kepada pendidik.
4.3 Perkhidmatan lebih masa dikira bermula pada jam 6.00petang.
4.4 Bayaran lebih masa hendaklah dibayar TUNAI, semasa mengambil murid.
4.5 Tidak dibenarkan membuat tunggakan bayaran perkhidmatan lebih masa.
4.6 Bayaran perkhidmatan lebih masa adalah RM10/jam atau RM5/ 1-30minit
4.7 Bayaran perkhidmatan lebih masa sepanjang bulan Ramadhan adalah RM15/jam.
4.8 Kehadiran kanak-kanak sebelum jam 7:00 pagi akan dikenakan bayaran lebih masa RM10/jam dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.
4.9 Perkhidmatan lebih masa tidak digalalakkan pada bulan Ramadhan. Waktu beroperasi pada bulan Ramadhan 7:00 pagi- 6:00 petang.
5.0 CUTI
Perkhidmatan operasi dibuka sepanjang tahun kecuali:
5.1 Cuti umum yang telah digazerkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
5.2 Cuti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan jika terdapat berlaku sebarang wabak penyakit berjangkit di premis.
5.3 Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti wabak penyakit, bencana alam, ketiadaan air, elektrik dan lain-lain.
5.4 Murid tidak digalakkan untuk bercuti tanpa sebab. Kehadiran yang konsisten merupakan satu nilai penting dalam pembelajaran murid diperingkat prasekolah.
5.5 Ibu bapa/penjaga dimohon agar memaklumkan pada pihak BEC menerusi telefon atau menyertakan surat rasmi/surat doktor untuk anak-anak yang perlu bercuti sewaktu hari persekolahan.
5.6 Untuk pengetahuan ibu bapa/penjaga, kehadiran murid ke tadika akan turut diambil serta dinilai dalam rekod pentaksiran mereka.
6.0 NOTIS BERHENTI
6.1 Seandainya ibu bapa/penjaga membuat keputusan untuk memberhentikan anak/berpindah surat rasmi hendaklah dikemukakan kepada pihak BEC sebulan sebelum tarikh berhenti beserta sebab perberhentian.
6.2 Notis pemberhentian ini akan membantu guru untuk menyiapkan rekod dan bahan-bahan yang perlu sebelum murid berpindah.
6.3 Yuran pendaftaran dan lain-lain bayaran yang telah dijelaskan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN atas sebarang sebab dan pada bila-bila masa sepanjang tahun.
6.4 Sekiranya kanak-kanak yang berhenti kemudian ingin mendapatkan semula perkhidmatan di tadika, ibubapa/penjaga perlu membuat pendaftaran dan membayar semula yuran pendaftaran, yuran tahunan dan lain-lain bayaran yang ditetapkan mengikut yuran semasa.
7.0 LAWATAN IBUBAPA/PENJAGA
7.1 Ibubapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN mamasuki premis tanpa kebenaran pihak pengurusan tadika.
7.2 Ibubapa/penjaga yang ingin memasuki premis tadika hendaklah dalam keadaan bersih dan sihat serta memakai pakaian yang sopan.
7.3 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki premis tadika jika berlaku jangkitan wabak penyakit berjangkit.
7.4 Pihak tadika hanya menerima pelawat pada waktu tertentu sahaja dengan temujanji.
8.0 DOKUMEN PENDAFTARAN
8.1 Salinan sijil kelahiran anak
8.2 Salinan rekod imunisasi (suntikan vaksin) anak
8.3 Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
8.4 Salinan surat hak penjagaan anak (jika berkenaan)
9.0 KEHADIRAN ANAK-ANAK
9.1 Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan) dan elakkan anak-anak daripada sering tidak hadir ke BEC.
9.2 Ibubapa/penjaga perlu mengamalkan konsep Senyum, Sapa, Sambut, Sentuh dan Salam (5S). Memberi pelukan dan ciuman sebelum menyerahkan anak.
9.3 Kedatangan terlalu awal sebelum waktu operasi (sebelum jam 7:00 pagi) hendaklah dielakkan kecuali selepas perundingan dengan pihak pengurusan dan Pendidik.
9.4 Ibubapa hendaklah memaklumkan ketiakhadiran anak melalui panggilan telefon atau melalui WhatsApp atau melalui sistem LittleLives.
9.5 Pintu akan dikunci pada 8:30 pagi dan guru akan memulakan kelas. Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 8.30 pagi) akan menjejaskan jadual aktiviti dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalan sebahagian dari program yang telah dijalankan.
9.6 Pendidik akan melakukan pemeriksaan fizikal anak menggunakan jangka suhu, torch light dan sanitizer sebagai rutin harian sewaktu ibu bapa menghantar dan mengambil anak bagi memastikan kesihatan anak.
9.7 Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5'C tidak dibenarkan hadir ke BEC.
9.8 Kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit seperti dibawah tidak dibenarkan hadir ke tadika dan taska. Kanak-kanak yang sudah sembuh dari penyakit berjangkit perlu memberi surat pengesahan doktor yang mengesahkan kanak-kanak bebas dari penyakit berjangkit jika ingin hadir semula ke sekolah.
• Cacar air
• Influenza (semua jenis)
• Demam campak
• Sakit mata
• Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
• COVID-19
• Begok
• Penyakit kulit yang berjangkit
• Kudis buta
• Batuk kokol
• Difteria
• Rota Virus
• Semua jenis penyakit berjangkit
10.0 MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK
10.1 Ibubapa/penjaga hendaklah mengambil inisiatif atau seboleh mungkin menghantar dan mengambil sendiri anaknya dari/ke BEC.
10.2 Jika ibubapa/penjaga tidak dapat mengambil anak, sila maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya orang lain yang akan mengambil anak, berikan butiran seperti nama, hubungan, no pendaftaran kereta dan gambar untuk makluman pihak BEC.
10.3 Untuk keselamatan anak anda, anak perlu dihantar sehingga ke pintu masuk premis atau lebih baik hingga ke tangan Pendidik dan begitu juga waktu mengambil anak. Dengan cara ini ibubapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak seperti ubat, pakaian, bekal atau apa yang perlu diambil perhatian atau pun bertanyakan perkembangan harian anak di BEC. Pendidik memastikan pintu pagar dan pintu grill sentiasa ditutup sebelum dan selepas menghantar anak.
10.4 Jika ibubapa/penjaga berhasrat mengambil anak mereka lebih awal atau lewat daripada biasa, sila maklumkan kepada pihak BEC supaya anak dapat disiapkan terlebih dahulu.
10.5 Semasa mengambil anak, ibubapa/penjaga hendaklah memastikan anak tidak mengalami sebarang kecederaan/kemalangan (semasa dalam jagaan pihak BEC). Jika ada tanda anda tercedera sila bertanyakan terus kepada pendidik.
10.6 Memastikan keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas makanan, botol air, ubatan, pakaian kotor dan lain-lain semuanya ada didalam bag dan tidak bertukar.
11.0 KESELAMATAN
11.1 Kemalangan
11.1.1 Kemalangan merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab dan memberikan kesan seperti kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda.
11.1.2 Kemalangan boleh dibahagikan kepada kemalangan kecil (cekau, terhantuk, jatuh,lebam, digigit, dicakar, bengkak dan pendarahan kecil) dan kemalangan besar (patah, pendarahan yang banyak, luka dalaman, sawan, melecur dan tersepit).
11.1.3 Ibubapa/penjaga haruslah faham kami di BEC sedaya upaya mengelak kejadian seperti ini, tetapi tidak mustahil untuk tidak berlaku.
11.3 Rakaman bergambar
11.3.1 Pihak BEC berhak mengambil gambar anak-anak atau merakam video anak-anak ketika berada jagaan dan ketika menjalankan aktiviti di dalam atau di luar premis.
11.3.2 Pihak BEC dibenarkan menyiarkan gambar dan video anak-anak di media elektronik seperti Facebook, Whatsapp atau Instagram.
11.3.3 Pihak BEC dibenarkan menyiarkan gambar anak-anak di media cetak.
11.4 Insurans
11.4.1 Setiap kanak-kanak wajib menyertai skim insurans berkelompok yang telah disediakan oleh pihak BEC.
11.5 Penyebaran Maklumat Palsu/ Fitnah
11.5.1 Penyebaran maklumat palsu atau fitnah dengan tujuan menjatuhkan reputasi Butterfly Education Centre adalah satu bentuk komunikasi (melalui media sosial atau lisan) kepada satu pihak atau lebih dengan bertujuan untuk menimbulkan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.
11.5.2 Fitnah boleh dibahagikan kepada dua kategori: fitnah di bawah undangundang sivil dan fitnah di bawah undang-undang jenayah. Di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
11.5.3 Sekiranya terdapat sebarang persoalan, kebimbangan, atau ketidakpuasan hati berkenaan program atau perkhidmatan yang disediakan, kami mengalu-alukan komunikasi terus dengan pihak pengurusan melalui talian 011-1216 6046 atau 07-660 7233 untuk penyelesaian yang lebih baik dan segera.
12.0 KESIHATAN
12.1 Rekod kesihatan
12.1.1 Ibubapa/penjaga perlu menyerahkan salinan imunisasi/vaksin yang dilampirkan bersama borang pendaftaran kepada pihak BEC semasa mendaftar anak.
12.1.2 Ibubapa/penjaga perlu mengisi borang pengishtiharan kesihatan anak-anak yang disediakan oleh pihak BEC.
12.1.3 Pihak BEC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang maklumat kesihatan anak yang tidak diberikan oleh pihak ibubapa/penjaga.
12.1.4 Maklumat kesihatan anak-anak tidak boleh dirahsiakan dari pihak BEC.
12.1.5 Ibubapa/penjaga perlu memastikan anak dalam keadaan sihat dan bersuhu badan normal semasa menghantar anak ke tadika.
12.1.6 Pihak BEC berhak menghubungi ibubapa/penjaga untuk mengambil anak pulang sekirannya menunjukkan gejala demam, batuk berpanjangan, selesama dan sakit ringan yang tidak berjangkit dan memerlukan rawatan susulan. Segala bil dan perbelanjaan rawaan yang dikenakan sepanjang berada di klinik/hospital adalah dibawah tanggungjawab ibubapa/penjaga sendiri.
12.1.7 Pemeriksaan fizikal anak akan dibuat sebagai rutin harian setiap pagi, tengah hari dan petang. Anak-anak yang menghidap penyakit berjangkit seperti cacar air, campak, begok, sakit mata, penyakit kulit, kudis buta, kepala berkutu, penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD), Influenza A, Influenza B, Rota Virus, Corona Virus atau apa saja berjangkit tidak dibenarkan hadir ke BEC.
12.1.8 Anak hanya boleh hadir setelah mendapat pengesahan sihat dari Doktor klinik kesihatan.
12.1.9 Pihak BEC berhak menggantung operasi di atas nasihat dan arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit atau terdapat risiko lain yang boleh memudaratkan kesihatan anak-anak seperti jerebu yang teruk, HFMD, COVID 19 dan lain-lain.
12.1.10 Ibubapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak BEC sekiranya anak mereka mempunyai alahan melibatkan makanan yang boleh menyebabkan masalah G6PD, penyakit kulit, sesak nafas dan lain-lain.
12.2 Pemberian Ubat
Pihak BEC tidak akan memberi sebarang ubat yang bukan milik anak tuan/puan atau ubat-ubatan yang tiada perskripsi doktor. Pihak BEC juga TIDAK menyimpan sebarang ubat dari farmasi seperti ubat demam atau ubat batuk.
13.0 KEBERSIHAN
13.1 Semua anak-anak yang hadir ke BEC wajib mandi dari rumah.
13.2 Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. Sekiranya anak-anak dijagkiti kutu kepala, ibubapa/penjaga hendaklah membasiminya di rumah.
13.3 Anak yang mempunyai kutu dan terpaksa dihantar ke tadika, ibubapa/penjaga perlu menyediakan sarung kepala/tudung atau syampu kutu untuk anak.
13.4 Anak-anak digalakkan berambut pendek dan kemas. Anak lelaki adalah dilarang sama sekali berambut panjang.
14.0 PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
14.1 Pihak BEC akan mengadakan penilaian kanak-kanak secara berterusan. Oleh itu, ibubapa boleh mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan pihak BEC dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan anak-anak.
14.2 Perkembangan kanak-kanak akan dicatatkan didalam rekod senarai semak perkembangan kanak-kanak mengikut bidang pembelajaran.
14.3 Pemerhatian terhadap kanak-kanak akan dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau 2 kali setahun bergantung kepada perubahan program tahunan.
14.4 Segala rekod dan permasalahan anak-anak adalah rahsia.
15.0 HUBUNGAN IBUBAPA/PENJAGA/PENDIDIK/PIHAK PENGURUSAN BEC
15.1 Bagi menjamin pembelajaran yang bermutu dapat diberikan kepada anak-anak, antara perkara terpenting ialah hubungan ibubapa/penjaga dengan pendidik.
15.2 Hubungan dan interaksi ibubapa/penjaga dengan pendidik perlulah sentiasa baik dan mesra seperti sebuah keluarga. Walaubagaimanapun, berhubungan melalui telefon tidak digalakkan sepanjang waktu operasi untuk memberi fokus kepada pendidikan dan penjagaan kanak-kanak.
15.3 Ibubapa/penjaga hanya boleh menghubungi pihak pengurusan/penyelia sekiranya ingin meninggalkan pesanan (waktu operasi).
16.0 PENGLIBATAN IBUBAPA/PENJAGA
16.1 Ibubapa/penjaga hendaklah menghadiri sesi perjumpaan yang diaturkan oleh pihak BEC untuk membincangkan berkenaan perkembangan anak-anak.
16.2 Ibubapa/penjaga perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak BEC.
16.3 Bersedia memberikan Kerjasama kepada pihak BEC apabila diperlukan.
16.4 Berbincang dengan pihak pengurusan BEC jika menghadapi sebarang masalah.
16.5 Menglibatkan diri dengan aktiviti BEC. Antara aktiviti penglibatan yang dicadangkan ialah:
16.5.1 Berkerjasama dalam program yang telah disusun sepanjang tahun.
16.5.2 Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa ke semasa.
16.5.3 Berkerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawa dari rumah untuk aktiviti anak-anak.
16.5.4 Menjadi pakar rujuk, penasihat dalam bidang kemahiran masing-masing.
16.5.5 Membantu membuat alat permainan mudah, murah dan Alat bantu mengajar (ABM) bersama.
16.5.6 Menyertai aktiviti melestarikan alam sekitar.
16.5.7 Aktiviti yang melibatkan penglibatkan ibubapa/penjaga akan diberi memo pemberitahuan.
17.0 APLIKASI UNTUK KEMASKINI AKTIVITI DAN MAKLUMAT
17.1 Semua aktiviti dan maklumat murid akan dikemaskini melalui aplikasi.
17.2 Tadika dan Playschool- guru akan mengemaskini melalui Aplikasi "Little Butterfly Apps".
17.3 Transit – Guru akan mengemaskini melalui Aplikasi "WhatsApp".
17.4 Sebarang pertanyaan mengenai murid, boleh terus berhubung dengan Guru Besar di cawangan masing-masing, melalui aplikasi tersebut.
Terima kasih kerana memilih Butterfly Education Centre.